Program Tahsin Solat Ku.. Program yang telah dianjurkan oleh Panitia Diniah adalah bertujuan memberi kefahaman yang sungguh dalam menunaikan Solat telah berlangsung pada 14 April 2023 (Jumaat)

Program dimulai dengan Penerangan amali solat secara umum yang telah disampaikan oleh Muallim Bajuri Idris (Arena Tn Haji Shuaib) manakala Muallimah Norazah Abdullah (Surau Al-Falah).
Kemudian murid akan bersama Mentor untuk dibuat semakan dan penilaian amali solat.

6 perkara yang akan disemak dan dinilai adalah

1. Cara nengangkat tangan ketika takbiratul Ihram.
2. Cara meletakkan tangan ketika membaca doa Iftitah.
3. Cara ruku' yang sebenar.
4. Cara perlakuan Iktidal.
5. Kedudukan sujud yang betul (perhatikan kedudukan 7 anggota sujud).
6. Cara duduk tahiyat awal dan juga tahiyat akhir .