Wednesday , May 23 2018
Penting
Utama / Menu Tetap / Menu / Pendaftaran Pelajar Baru

Pendaftaran Pelajar Baru

Ibu Bapa yang berminat mendaftar anak ke sekolah  dengan hormatnya dijemput membuat permohonan secara ‘online’.  Selain dari itu, tuan/puan juga boleh membuat permohonan dengan cara mengisi borang di pejabat.  Kebiasaannya permohonan Tahun 1 dibuka bermula Januari sehingga 31 Mei setiap tahun untuk kemasukan tahun berikutnya.

Bagi kemasukan selain dari darjah 1 dan tingkatan 1, tuan-puan boleh mengisi borang pada bila-bila masa namun pihak sekolah hanya akan menghubungi tuan/puan jika ada kekosongan tempat.

Kriteria Kemasukan :

  1. Menduduki mana-mana Tadika Islam @ PRASekolah @ Seumpamanya
  2. Berumur cukup 7 tahun pada tahun sesi persekolahan.
  3. Warganegara Malaysia
  4. Tidak tergolong dalam kategori Hyper atau Orang Kurang Upaya (OKU)
  5. Berkemampuan / komitmen membayar Yuran Pentadbiran dan Yuran Bulanan.
  6. Ibu bapa / penjaga tidak tergolong dalam golongan Bankrap
  7. Ibu bapa / penjaga hendaklah aktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

untuk pendaftaran online sila klik link berikut :

lengkapkan maklumat dan sila hantar maklumat berikut :

1. Salinan Surat Beranak – 1 salinan

2. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa / penjaga – 1 salinan

3. Gambar berukuran passport – 2 keping (bagi perempuan hendaklah bertudung)

4. Salinan Slip Gaji TERKINI Ibu dan bapa / penjaga – 1 salinan

5. Salinan Sijil TADIKA/PASTI/TABIKA @ seumpamanya – 1 salinan

6. Tanda tangan ‘akur janji’ dari Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS)

 

ke pejabat sekolah. Waktu berurusan 7.30 pagi – 4.30 petang.

1.00 petang  – 2.00 petang REHAT.

sebarang pertanyaan sila hubungi 05-7766423 (Pejabat)

Sekian dimaklumkan, Terima Kasih.

About pentadbirlaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *