Wednesday , November 14 2018
Penting
Utama / Hebahan / Sumbangan Sekolah Menengah Al-Furqan

Sumbangan Sekolah Menengah Al-Furqan

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

 

Kepada semua warga Sekolah Rendah Al-Furqan, Bekas Pelajar 1993-2012, Para Penyumbang yang budiman dan yang berkenaan. Kami dengan berbesar hati ingin memohon sumbangan daripada anda semua dalam menjayakan MISI dan VISI “Menjana Generasi RABBANI” serta “Menjadi Institusi Pendidikan Cemerlang Berteraskan Pendidikan Islam Yang Syumul”.

 

Sekolah Menengah Al-Furqan adalah kesinambungan daripada Sekolah Rendah Al-Furqan yang merupakan sebuah Sekolah Rendah Agama Rakyat sepenuh masa. Disini para pelajar diterapkan dari sudut Dinniyah dan Akademik serta Tarbiyyah yang berterusan. Dengan adanya Sekolah Menengah Al-Furqan ini proses Tarbiyyah murid akan berterusan dari sekolah rendah.

Jadi kami dari pihak pembangunan Sekolah Menengah Al-Furqan sangat memerlukan dana dan bantuan dari anda semua bagi menjayakan penubuhan sekolah ini. Kos pembangunan sebanyak RM 1 Juta ini akan menempatkan 1 Blok bangunan “L shape” setinggi 2 tingkat. Bangunan ini terdiri daripada kelas, pejabat, makmal sains, perpustakaan dan lain-lain fasiliti yang bersesuaian.

Tapak pembangunan sekolah menengah ini adalah bersebelahan dengan Pondok Al-Mansor dibawah kendalian PAKAT. Tapak tersebut telah ditambak dan telah menelan kos sebanyak RM 80,000.00. Lokasi yang amat strategik kerana berhampiran dengan Sekolah Rendah Al-Furqan dan Pondok Al-Mansor.

Maka besarlah harapan kami sekiranya anda semua sudi menghulurkan bantuan dari segi wang ringgit bagi menjayakan bangunan ini. Untuk itu segala sumbangan anda semua boleh diserahkan kepada individu berikut :

 

1. Tuan Haji Adlan bin Ubat|Pengerusi Pembangunan Sekolah Menengah Al-Furqan|0195797460

2. Cikgu Kamarul Bahrin bin Mohd Radzi|Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah|0134311412

3. Dr. Mohd Azalan bin Mohd Radzi|Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa SRAF|0195789563

4. Muallim Kamaruzaman bin Che Ya|Mudir Sekolah Rendah Al-Furqan|0195725355

atau

Deposit kepada akaun pembangunan kami

558097002777 Maybank |Akaun Pembangunan

*sila SMS kepada 0195725355 sekiranya anda sudah mendeposit ke akaun.

 

Kami sangat berterima kasih diatas sumbangan yang anda semua berikan kepada kami. Semoga Allah membalas segala pemberian anda semua dengan rezeki yang melimpah ruah.

Sekian untuk makluman.

 

Leave a Reply